ABOUT US
EFR ENTERPRISE telah menjalankan tanaman Fertigasi ROCK MELON sejak tahun 2005 di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.
Bermula dengan menghadiri kursus-kursus tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran anjuran badan-badan swasta serta kerajaan seperti MARDI, JABATAN PERTANIAN dan FAMA, kami telah memilih untuk menjalankan tanaman ini berdasarkan kepada keunikan serta keistimewaannya.
Kini, setelah menjalankan kajian dan peningkatan kualiti, EFR ENTERPRISE mempunyai kemahiran, kapasiti dan kemampuan menghasilkan buah ROCK MELON yang bermutu tinggi sehingga melebihi 10 tan sebulan dan jumlah ini dijangka akan ditingkatkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi untuk pasaran tempatan dan juga eksport.
|