TRAINING

Kaedah penanaman secara Fertigasi diperlukan untuk menghasilkan Rock Melon. Memandangkan tanaman ini memerlukan penjagaan yang tepat dan teknik-teknik yang tertentu, kursus dan latihan amat diperlukan sebelum memulakan aktiviti penanaman.

Berdasarkan faktor-faktor tertentu seperti permintaan yang tinggi dan atas dasar ingin membantu, EFR ENTERPRISE menyediakan kursus kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menceburkan diri dalam aktiviti penanaman Rock Melon secara Fertigasi yang mana ia disokong oleh Jabatan Pertanian dan FAMA.

Teknik-teknik yang betul, tepat dan berkesan akan diajarkan kepada peserta agar penanaman menjadi mudah dan menjanjikan pulangan seperti yang diharapkan.

Selain daripada menyediakan khidmat nasihat dan kursus, kami juga menyediakan pakej lengkap Rumah Fertigasi yang dipanggil Struktur Pelindung Hujan (SPH) bersaiz 20' x 90' (juga mengikut spesifikasi anda) untuk mana-mana pihak memulakan aktiviti penanaman tanaman Rock Melon.

Kepada mana-mana individu yang berminat, sila berhubung dengan kami (efr_ent@yahoo.com) untuk tempahan dan pendaftaran.